Artikel

UMNO Terus Mara Tanpa Perikatan Nasional

Kala pertumbuhan ekonomi Malaysia sedang pulih, drama politik negara masih lagi rancak melebarkan wayangnya.

Terbaru, UMNO kini membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya pihaknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN).

Untuk makluman, jawatankuasa MN ini akan memberi keutamaan kepada UMNO dan PAS dalam pimpinan mereka.

Malah apa yang lebih menarik adalah PBBM (Bersatu) kini turut menyatakan hasrat mereka untuk menyertai MN. Kenyataan ini telah disahkan apabila Perdana Menteri Malaysia – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional, semalam.

Bagaimanapun setakat ini, hasrat Bersatu masih lagi diperhalusi dan tidak dinyatakan keputusan penyertaanya oleh MN.