Artikel

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah Dibubarkan

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah telah meluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah dibubarkan.

Undang-undang persekutuan dan negeri menyatakan bahawa sebuah pilihanraya harus dilakukan dalam tempoh 60 hari.

Keputusan ini dicapai selepas Shafie mempersembahkan surat pembubaran dewan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 9.00 malam tadi.

“Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN. Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker’ dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si musa Aman, Bung Moktar, Hajiji atau Shafie Apdal,”katanya dalam sidang media pada Khamis.

Sepanjang tempoh ini, Shafie akan menjadi Ketua Menteri sehingga pilihanraya diadakan kelak.

Suruhanjaya Pilihanraya akan dipertanggungjawabkan untuk mengumumkan tarikh PRU Negeri dalam jangka masa terdekat ini.