AirAsia kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan mesra muslim – termasuk seperti pakej Umrah. Tony Fernandes berkongsi berkaitan perkara ini melalui perbincangan yang telah diadakan pada minggu ini.
Menurut beliau, AirAsia sedang menilai beberapa prospek produk, terutamanya berkaitan dengan peluang percutian dan pelancongan yang khusus (niche).
Selain daripada perancangan penawaran perkhidmatan mesra muslim, AirAsia juga sedang melihat untuk turut memasuki arena perkhidmatan percutian berasaskan kesihatan – yang mana akan melihat AirAsia menawarkan perkhidmatan menyeluruh termasuk visa, penerbangan, penginapan dan insuran.
AirAsia sendiri sejak daripada tahun lepas, telah mula melihat untuk menjadikan laman AirAsia.com sebagai sebuah destinasi untuk penawaran menyeluruh untuk perancangan bercuti ke sesuatu lokasi.