Artikel

Selepas 2 Bulan Di Celcom, Imri Mokhtar Kembali Ke TM Selaku CEO

Tenyata khabar angin sebelum ini adalah benar, Telekom Malaysia Berhad (TM) kini mengumumkan pelantikan Imri Mokhtar selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu mereka.

Pelantikan tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.

Selepas dua bulan beliau berkhidmat di Celcom, kini telah kembali semula pada pengurusan TM. Untuk makluman Imri Mokhtar sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) TM dan kini kembali selaku CEO pengurusan tersebut.

Beliau memiliki pengalaman selama 24 tahun pada arena telekomunikasi tempatan dan akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi syarikat didalam beberapa sektor, termasuklah operasi rangkaian, pemangkin digital, informasi teknologi, transformasi perniagaan, pengurusan program, kawalselia, undang-undang, dan fungsi korporat lain.

Malah pengllibatan Imri ini adalah mengantikan kedudukan Dato’ Noor Kamarul yang telahpun meletakan jawatan.