Artikel

Sempena Merdeka, JPJ Tawar 70% Diskaun Bayaran Saman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini telah menawarkan diskaun 70% bagi pembayaran saman sempena bulan Merdeka kepada pengguna.

Tawaran ini akan diberikan kepada semua saman kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), termasuklah kes yang disenarai hitam.

Bagaimanapun tawaran diskaun tersebut tidak termasuk dengan saman yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Untuk makluman pengguna boleh melakukan pembayarana di semua cawangan JPJ di seluruh negara, termasuk pusat transformasi bandar (UTC) dan saluran pembayaran seperti portal mySIKAP JPJ, JPJ Kiosk dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang berkaitan dengan senarai hitam, orang ramai diminta untuk datang ke JPJ cawangan atau pejabat negeri untuk menyelesaikan dokumentasi terlebih dahulu sebelum melakukan pembayaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut mengatakan potongan harga tersebut akan berterusan sepanjang Ogos ini.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari pada pautan Portal Rasmi JPJ.