Artikel

Starbucks Alami Kerugian, Catat 40% Penurunan Jualan Seluruh Dunia

Starbucks kini mengalami kerugian, susulan penurunan jualan sehingga 40% di seluruh dunia.

Menurut laporan suku ketiga yang berakhir pada 28 Jun lalu, jenama tersebut telah mencatatkan kerugian 0.46 sen sesaham, berbanding keuntungan RM3.31 (AS$0.78) pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, kerugian tersebut dilihat lebih baik daripada jangkaan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Seterusnya, pendapatan mereka turut jatuh kepada RM17.8 bilion (AS$ 4.2 bilion) dengan penurunan 38% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Selain mengalami kerugian pada jualan, Starbucks turut menanggung kos operasi tambahan yang tinggi, merangkumi bahagian program dan keselamatan tenaga kerja.

Meskipun, krisis COVID-19 masih lagi belum berakhir – Starbucks kekal produktif dengan membuka sekitar 130 buah cawangan baru pada suku kedua.