Artikel

Eksport Malaysia Atasi Jangkaan, Papar Peningkatan 8.8% Pada Jun 2020

Produktiviti eksport negara mula memaparkan prestasi yang baik, melebihi jangkaan yang ditetapkan.

Kini pertumbuhan eksport Malaysia telah mencapai 8.8% catatan RM82.9 bilion bagi bulan Jun 2020 iaitu dengan lebihan dagangan berjumlah RM20.9 bilion.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), jumlah perdagangan Malaysia telah meningkat sebanyak 2.2% dengan nilai RM144.8 bilion untuk bulan tersebut.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan mengatakan peningkatan tersebut merangkumi hasil eksport ke China, AS dan Hong Kong.

Perkembangan ini ternyata suatu petanda yang positif untuk aliran tunai pertumbuhan ekonomi negara.

Meskipun aliran eksport memaparkan prestasi yang baik namun bahagian import dilihat lebih rendah dicatatkan, iaitu merosot sehingga 5.6% kepada RM61.98 bilion.