Artikel

Pelancongan Domestik Malaysia Papar Peningkatan

Pelancongan domestik kini memaparkan perkembangan yang positif sejak kegiatan tersebut dibenarkan beroperasi pada 10 Jun lalu.

Antara lokasi pelancongan tempatan yang mula menjadi perhatian adalah kawasan kepulauan, pantai serta dataran tinggi.

Setakat ini, sekitar 180,000 tiket penerbangan domestik telah terjual sejak akhir Jun lalu. Catatan menunjukkan pemintaan pelancongan negara masih lagi mendapat perhatian masyarakat meskipun krisis COVId-19 masih lagi belum berakhir.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan menyifatkan peningkatan permintaan tersebut adalah disebabkan usaha pemain industri dalam menawarkan pelbagai promosi.

Selain itu, pihaknya turut memaklumkan peruntukan RM90 juta akan disalurkan bagi kempen Tahun Melawat Malaysia kelak. Ini adalah perancangan pihak kementerian dalam membantu industri.