Artikel

HSBC Memperkenalkan Kemudahan Membuka Akaun Secara Digital

HSBC Malaysia kini telah memperkenalkan kemudahan untuk rakyat Malaysia membuka akaun perbankan secara digital menggunakan web secara atas-talian, dan seterusnya menggunakan mesin layan diri untuk pengesahan identiti.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna membuka akaun HSBC pada bila-bila masa, 24 jam sehari. Untuk membuka akaun HSBC, anda hanya perlu menghantar permohonan akaun baru secara atas-talian, dan seterusnya perlu membuat pengesahan identiti dalam tempoh 30 hari melalui mesin layan diri dicawangan HSBC atau HSBC Amanah.

Perkhidmatan membuka akaun secara digital ini masih terhad untuk pengguna di Lembah Klang buat masa ini, dan dijangka diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat tidak lama lagi.

Layari : Buka Akaun Digital HSBC