Artikel

Najib Bersalah Ke Atas 7 Pertuduhan Kes SRC

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kini telah mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan berkaitan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang telah mengetuai kes ini selama dua tahun.

Untuk bahagian pecah amanah jenayah ini ia merangkumi penyelewengan RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta daripada dana sebanyak RM4 bilion milik SRC. Susulan kesalahan tersebut, beliau disabitkan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa pula beliau telah menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman daripada KWAP untuk jumlah RM4 bilion SRC.

Manakala, untuk pertuduhan pengubahan wang haram pula beliau akan disabitkan kesalahan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta dikenakan denda lima kali ganda.