Memasuki hari ke 132 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan tiada sebarang sekatan perjalanan dilakukan sempena cuti Hari Raya Aidiladha kelak.
Sebaliknya kerajaan sekadar tampil dengan penerangan berhubung majlis ibadah korban sahaja. Di mana, jumlah haiwan korban akan dihadkan mengikut lokasi tertentu.
Buat masa ini hanya 10 ekor haiwan sahaja yang dibenarkan korban.
Meskipun ibadah korban masih dibenarkan, kerajaan menggalakkan orang ramai untuk melakukan proses penyembelihan tersebut di mana-mana Pusat Jabatan Veterinar.
Manakala jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban pula hanya sekadar 20 individu sahaja untuk satu ibadah korban.
Pada masa yang sama, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mengingatkan orang ramai walaupun pada ketika ini tiada sebarang sekatan dilakukan namun kegagalan orang ramai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan boleh mendorong peningkatan kes COVID-19 yang lebih besar.
Perkara tersebut mampu memberi kesan yang besar di mana dapat mengugat pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, amalan kawalan kendiri perlu diutamakan bagi mengelakkan penguatkuasaan semula sekatan perjalanan dilakukan.
Pada sidang yang sama juga, DS Ismail Sabri turut memaklumkan rakyat negara dan luar negara kini perlu menanggung kos kuarantin termasuklah kos ujian saringan COVID-19. Namun, untuk rakyat Malaysia – kerajaan masih kekal menanggung 56% daripada kos tersebut.