Artikel

UK Tetapkan Had Baru Pemaparan Iklan Makanan, Ingin Atasi Isu Obesiti

United Kingdom (UK) kini merancang larangan ke atas pengiklanan makanan yang mempromosikan obesiti.

Tindakan had baru ini, berikutan peningkatan obesiti negara tersebut telah mendorong kepada faktor kematian COVID-19.

Oleh itu had baru yang ditetapkan akan lebih cendurung memaparkan label kalori produk makanan berbanding ‘normalisasikan’ produk tersebut.

Secara tidak langsung larangan pemaparan iklan ini akan memberi kesan serta tekanan kepada industri pengeluaran makanan, pengiklanan dan media. Susulan penutupan ekonomi sedikit sebanyak mampu mengugat kedudukan pekerjaan mereka.

Bagaimanapun, Boris Johnson – Perdana Menteri menyifatkan perubahan kecil ini perlu dilakukan bagi memerangi peningkatan kematian kes COVID-19 dan memelihara kesihatan masyarakat negara mereka.