Artikel

GrabPay Menambah Had Minima Untuk Tambah-Nilai Secara Perbankan Atas-Talian Kepada RM50 Bermula 31 Julai

Grab hari ini telah mula memaklumkan para pengguna mereka berkaitan perubahan pada GrabPay. Bermula 31 Julai 2020 kelak, pengguna hanya oleh tambah-nilai minima sebanyak RM50 secara perbankan atas-talian.

Pada hari ini, tambah-nilai minima yang ditawarkan secara perbankan atas-talian adalah sebanyak RM20.

Grab mengatakan perubahan ini adalah salah satu usaha untuk menawarkan pengalaman pembayaran yang pantas memandangkan anda perlu kurang tambah-nilai melalui perkhidmatan perbankan atas-talian.

Buat masa ini, tambah-nilai menggunakan kad kredit dan debit atau penggunaan Maybank2U masih kekal kepada minima RM20 seperti biasa.