Artikel

RON95, RON97 Turun 4 Sen Seliter Untuk Minggu 25 Julai 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020 telah memperlihatkan sedikit penurunan.

Di mana harga runcit petrol RON95 menunjukkan penurunan sebanyak 4 sen dari paras RM1.72 seliter kepada RM1.68 seliter. Manakala harga RON97 juga turut turun pada angka yang sama iaitu 4 sen dari RM2.02 seliter kepada RM1.98 dan Diesel pula turun 5 sen dari harga RM1.87 seliter kepada RM1.82 seliter.

Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Menurut kementerian, pihaknya akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.