Artikel

Top Glove Kini Menjadi Syarikat Kedua Terbesar Di Malaysia Dari Segi Permodalan Pasaran

Top Glove kini menjadi syarikat kedua terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran, hanya dibelakang Maybank. Top Glove mendahului Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing pada nilai RM69.57 bilion dan RM64.69 bilion.

Pada tahun ini, Top Glove telah memperlihatkan peningkatan sehingga 455% dari segi nilai, sekaligus mendahului pelbagai syarikat lain dari segi permodalan pasaran.

Salah satu sebabnya adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk produk keluaran Top Glove disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Sebelum ini. walaupun Top Glove menghadapi masalah di Amerika Syarikat, namun ia dipercayai yang mana Top Glove boleh mengalihkan produk mereka ke negara lain disebabkan permintaan untuknya adalah masih tinggi.

Dengan peningkatan mendadak ini, adakah kita akan melihat Top Glove mendahului Maybank pada tahun ini?