Artikel

Bayi Yang Lahir 2020 Dijangka Hidup Lebih Lama

Jabatan Perangkaan Malaysia kini telah hadir dengan jadual hayat ringkas, sekaligus memperlihatkan jangkaan hayat, mengukur mortaliti dan sebagainya.

Melalui data terbaru yang dikeluarkan, seorang bayi yang lahir pada 2020 dijangka hidup 0.4 tahun lebih lama – iaitu mencapai 74.9 tahun, berbanding 74.5 tahun pada 2014 yang lepas.

Data turut memperlihatkan bayi perempuan yang baru lahir dijangka hidup sehingga 77.6 tahun, manakala bayi lelaki pula dijangka hidup sehingga 72.6 tahun.

Jangka Hayat

Disamping itu, untuk lelaki dan perempuan yang mencapai umur 15 tahun pada tahun 2020 ini, masing-masing dijangka akan hidup selama 58.4 tahun dan 63.2 tahun lagi. Perkara ini memperlihatkan lelaki yang berumur 15 tahun pada 2020 dijangka hidup sehingga 78.4 tahun, sementara yang perempuan berumur 15 tahun pada 2020 dijangka hidup sehingga 78.2 tahun.

Jabatan Perangkaan menggunakan statistik kematian bagi tempoh tiga tahun dan anggaran penduduk pertengahan tahun Malaysia untuk hadir dengan Jadual Hayat Ringkas ini. Jangkaan hayat adalah purata baki umur seseorang yang dijangka dapat hidup pada permulaan umur tertentu dengan andaian kadar kematian umur tertentu adalah sama sepanjang hayat.

Data statistik seperti ini biasanya akan digunakan oleh perusahaan mahupun negara dalam membuat beberapa perancangan lanjut. Malah, data ini juga digunakan pihak insurans dalam hadir dengan penawaran masing-masing kepada pelanggan.

Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan pada tahun 2020, mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah 3.5 juta orang, sekaligus mewakili 10.7% penduduk Malaysia.

Jangka Hayat