Artikel

Selangor Akan Tawar Kupon Digital Berjumlah RM1 Juta Untuk Mengalakkan Pelancongan

Kerajaan Selangor kini telah mengesahkan bakal menawarkan sejumlah RM1 juta dalam mengalakkan pelancongan dalam negeri berkenaan. Ia akan ditawarkan dalam bentuk kupon digital – sekaligus membolehkan mereka yang melancong dalam Selangor untuk mendapatkan diskaun dan potongan untuk hotel, restoran dan juga sejumlah lokasi pelancongan di Selangor.

Buat masa ini, kaedah penawaran masih belum diketahui lagi. Melalui perkongsian, ia dilihat akan ditawarkan secara digital sepenuhnya, sekaligus mengurangkan interaksi fizikal pada era norma baharu kini.


Seperti ramai sedia maklum, industri pelancongan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana ekonomi setempat. Penularan wabak Covid-19 telah membawa kepada kerugian tinggi dalam sektor ini, selain membuatkan kempen pelancongan tempatan terpaksa ditangguhkan. Dengan penawaran kupon digital ini, ia dijangka akan terus mengalakkan untuk orang ramai melancong secara domestik, dan meningkatkan kembali ekonomi setempat.