Artikel

Penglibatan 83.5% Pekerja Bakal Dorong Pemulihan Ekonomi Negara

Aktiviti ekonomi negara dilihat semakin pulih, susulan penglibatan tenaga kerja sehingga 83.5% telah dicapai setakat ini.

Kira-kira 12.7 juta pekerja kini telah kembali berkhidmat semula pada sektor ekonomi negara. Kenyataan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan melihat situasi ini amat membrangsangkan dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. 

Menurutnya data DOSM menunjukkan bahawa perdagangan borong dan runcit untuk Mei 2020 meningkat sebanyak RM17.5 bilion atau 26.3% kepada RM84.4 bilion, berbanding April 2020.

Tumpuan yang lebih penting pada ketika ini adalah pembukaan operasi sektor ekonomi sepenuhnya dan pengekalan pekerjaan kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul turut menekankan persediaan untuk sebarang kemungkinan perlu dilakukan. Ini kerana, selaku negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, sebahagian proses pemulihan negara akan bergantung kepada tahap pemulihan ekonomi global.