Artikel

Inisiatif Dana Kemudahan Mampu Jana Sehingga RM232 Bilion

Setakat ini terdapat 320 Dana Kemudahan bernilai RM14.23 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan.

Inisiatif ini adalah susulan kepada semakan semula ke atas jurang infratruktur negara.

Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika sidang Invest Malaysia 2020 – projek tersebut akan membawa kepada peningkatan pertumbuhan kegiatan ekonomi sehingga RM232.48 bilion.

Malah dibawah projek ini, sekitar RM20 bilion akan digunakan pada bahagian pelaburan sektor swasta.

Tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan dan merapatkan jurang pertumbuhan. Langkah itu juga sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.