Artikel

Ketidakpatuhan Rakyat, Gugat Pertumbuhan Ekonomi Negara – PM Muhyiddin

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang perutusan khas sebentar tadi (20 Julai) telah mengatakan ketidakpatuhan masyarakat mampu mengugat kedudukan ekonomi negara.

Seandainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini perlu diperketatkan lagi maka – berkemungkinan membawa kepada penutupan sektor ekonomi negara adalah tinggi. Tindakan itu bukan sahaja mendatangkan masalah kepada kadar pengangguran namun sekaligus mampu merugikan perolehan negara sehingga RM2 bilion sehari.

Malah, jangkaan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2019 juga turut tidak dapat dicapai sekiranya ketidakpatuhan ini berterusan.

Kenyataan ini susulan pemerhatian Kerajaan berhubung 13 kluster baharu yang telah dikesan sejak berapa minggu ini. PM Muhyiddin menegaskan penerapan amalan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka dan kebersihan tangan perlu dikekalkan dalam pergaulan sosial sepanjang tempoh pemulihan ini.

Tindakan tersebut bagi memutuskan rantaian penularan krisis COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.