Kini perwakilan Goldman Sachs hadir ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dan rundingan bersama Kerajaan berhubung kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan dalam satu kenyataan bahawa eksekutif dari bank pelaburan A.S. ini akan hadir pada minggu ini, untuk meneruskan rundingan dengan Kerajaan.
Tindakan rundingan ini adalah untuk membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.
Malah inisiatif rundingan ini juga secara tidak langsung memaparkan komitmen penuh negara untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia dapat dilakukan.
Sementara itu, bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi kini merupakan Presiden Kelab Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC). Dengar perbualan beliau tentang isu ini.