Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini sedang mencari alternatif bagi penyediaan pembiayaan kepada negara-negara termiskin di dunia dan yang terkesan disebabkan krisis COVID-19.
Menurut Pengarah Urusan Kristalina Georgieva, IMF kini sedang mempertimbangkan berkenaan lanjutan pembekuan pembayaran perkhidmatan hutang dua hala rasmi yang ditawarkan kepada negara-negara termiskin pada akhir tahun ini, dan berusaha untuk mempromosikan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.
Keperluan inisiatif pelepasan hutang ini adalah penting dalam membantu negara bagi menangani krisis pertumbuhan ekonomi masing-masing. –Reuters