Artikel

Moody’s Jangka Aliran Penumpang Penerbangan Pulih Menjelang Akhir 2023

Moody’s kini menjangkakan pemulihan aliran trafik penumpang penerbangan akan tamat menjelang akhir tahun 2023. 

Jangkaan ini meliputi faktor sekatan sempadan negara dan kekurangan permintan perjalanan udara antara negara lain. 

Menurut Russell Soloman, Pengarah Urusan Moody’s – proses pemulihan ini tergendala sekiranya penularan COVID-19 semakin meruncing. Ini bermakna penajarakan sosial dan sesi sekatan perjalanan akan berterusan dilaksanakan untuk negara-negara yang tinggi kadar catatan jangkitan. 

Kini, aliran penumpang mula mempamerkan petanda positif namun Moody’s memberi peringatan kepada pemain industri penerbangan untuk bersedia memulihkan semula kedudukan mereka menjelang 2023 ini.