Kala ekonomi dunia tidak menentu, Menteri Kewangan Thailand Uttama Savanayana umum peletakan jawatan semalam (16 Julai).
Tindakan ini sekaligus menambahkan persoalan kepada pelan ekonomi negara tersebut di saat krisis COVID-19 kini telah mengugat seluruh pertumbuhan ekonomi dunia.
Bagaimanapun, Uttama menyifatkan pengunduran dirinya adalah tindakan yang tepat disamping menegaskan tiada sebarang tekanan berkenaan keputusannya. Selain Uttama, Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak bersama beberapa menteri lain turut melakukan tindakan yang sama.
Untuk makluman, Predee Daochi – Presiden Persatuan Bank Thailand dikatakan akan menggantikan kedudukan Uttama selaku Menteri Kewangan Thailand baharu. Malah turut dilaporkan Perdana Menteri Thailand akan merombak semula kabinet pada September ini.