Artikel

Aliran Trafik Penumpang Merosot Lebih 90% – MAHB

Lebih 90% penurunan tahun ke tahun dicatatkan bagi aliran trafik penumpang untuk sektor penerbangan.

Berdasarkan kenyataan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) – pemerhatian sepanjang 12 bulan ini menunjukkan rangkaian lapangan terbang telah menguncup sebanyak 26.6% dengan hampir 100 juta pergerakan penumpang. 

Secara keseluruhannya, pergerakan pesawat telah menurun sehingga 83.1% dengan pergerakan antarabangsa dan domestik masing-masing menurun sebanyak 91% dan 78% bagi Jun 2019.

Bagaimanapun, MAHB kekal optimis dengan menjangkakan terdapatnya tanda pemulihan pada aliran perjalanan udara negara sejak awal Julai ini berbanding akhir bulan Jun lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, angka terbaru itu merupakan petanda positif bagi industri penerbangan negara.

Beliau turut menambah pelan Malaysia-Singapura juga merupakan permulaan yang baik untuk kelonggaran selanjutnya dalam pembukaan sempadan negara.