Artikel

Nurflix Peruntukan RM40 Juta Bagi 12 Siri Pertama

Nurflix kini bakal menemui penonton pada Oktober 2020. 

Menurut Syah Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, sejumlah RM40 juta akan diperuntukan untuk 12 siri pertama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Peruntukan ini dilihat sebagai caturan permulaan untuk kemunculan pertama produksi tersebut. 

Untuk makluman kandungan program penstriman ini akan ditayangkan secara percuma untuk tempoh tiga bulan pertama bermula Oktober sehingga Disember ini. 

Sementara itu, pelancaran rasmi Nurflix TV ini pula dijangka akan dilakukan pada Januari 2021 kelak.