The Edge melaporkan Media Prima Bhd kini akan menamatkan perjanjian penyewaan tanah di Bangsar bersama Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Untuk makluman, perjanjian sewa di Bangsar itu merangkumi keberadaan Balai Berita yang diduduki oleh anak syarikat mereka iaitu New Straits Times Press Bhd (NTSP).
Di mana, sebelum ini PNB telah membeli hartanah tersebut dari Media Prima pada harga RM280 juta, November 2018.
Ini menjadikan kedua-dua kilang percetakan Balai Berita dan Bukit Jelutong itu adalah dibawah milik PNB Development Sdn Bhd.
Tindakan ini diklasifikasikan sebagai latihan rasionalisasi. Di mana ia adalah sebahagian daripada usaha penjimatan dengan pemotongan kos yang ditanggung oleh Media Prima.
Menurut laporan, bayaran penyelenggaraan hartanah tersebut adalah melebihi RM10 juta. Menerusi pemotongan kos ini, NSTP dapat menjimatkan kos sekitar RM18.64 juta setahun.
Ini secara tidak langsung menyaksikan pemindahan 92.2% percetakan NSTP ke kilangnya di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Pemindahan tersebut dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini atau pertengahan tahun hadapan.
Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor. Bagaimanapun pihaknya masih kurang pasti sama ada perjanjian penyewaan tersebut akan ditamatkan lebih awal atau pada November 2021.