Artikel

RON95, RON97 Naik 7 Sen Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 Julai 2020 sehingga 17 Julai 2020 telah menunjukkan kenaikan.

Di mana harga runcit petrol RON95 menunjukkan peningkatan sebanyak 7 sen dari paras RM1.65 seliter kepada RM1.72 seliter. Manakala harga RON97 juga turut naik pada angka yang sama iaitu 7 sen dari RM1.95 seliter kepada RM2.02 dan Diesel pula naik 3 sen dari harga RM1.84 seliter kepada RM1.87.

Peningkatan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Menurut kementerian, pihaknya akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.