Artikel

Jabatan Perangkaan Umum Had Pendapatan Garis Kemiskinan Baharu

Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) hari ini (10 Julai) telah memaparkan 30 laporan di bawah tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS & BA) serta Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah (HES) bagi tahun 2019.

Menerusi pemaparan laporan ini, terdapat pembaharuan pada analisis had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Berdasarkan tinjauan 2019 – nilai purata PGK nasional ialah RM2,208. Di mana kemiskinan mutlak menurun daripada 7.6% bagi 2016 kepada 5.6% untuk tahun 2019.

Sementara itu, kemiskinan tegar pula direkodkan sebanyak 0.4% pada 2019 berbanding 0.6% pada 2016.

Menurut Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pembaharuan yang dilakukan adalah dengan mengambilkira kadar pengambilan makanan optimum dan keperluan asas bukan makanan.

Setakat ini pendapatan penengah menaik sederhana dengan 3.9% setahun kepada RM5,873 pada tahun 2019. Pendapatan purata pula meningkat 4.2% setahun kepada RM7,901.

Selain itu pada laporan yang sama, Jabatan Perangkaan turut memaparkan corak perbelanjaan mengikut isi rumah. Perbandingan ini dilakukan antara tahun 2019 dan 2016.

Di mana, pada pemerhatian corak tersebut dapat dilihat fokus keperluan setiap kelas isi rumah adalah berbeza berdasarkan pendapatan isi rumah mereka.