Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit kini menunjukkan peningkatan 26.3% dengan rekod RM17.6 bilion untuk Mei 2020.
Pengukuhan ini telah didorong oleh Kenderaan Bermotor dan Perdagangan Runcit, dengan catatan 709.0% (RM5.9 bilion) dan 30.5% (RM8.6 bilion). Selain itu, perdagangan Borong juga turut meningkat sebanyak 8.0% (RM3.0 bilion).
Menurut Jabatan Perangkaan lagi, nilai indeks volum bagi Perdagangan Borong dan Runcit ini telah berkembang 30.3% berbanding sebelumnya.
Secara keseluruhannya pertumbuhan positif ini telah direkodkan oleh semua subsektor iaitu Kenderaan Bermotor (763.3%), Perdagangan Runcit (32.9%) dan Perdagangan Borong (12.0%).