Artikel

Tabung Haji Catat Keuntungan Bersih Bernilai RM1.25 Bilion

Lembaga Tabung Haji (TH) kini telah mengumumkan catatan pendapatan pelaburan mereka bernilai RM1.55 bilion untuk tempoh separuh tahun pertama tahun 2020. Peningkatan ini telah disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Malah, peningkatan pendapatan ini juga telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019. Jumlah aset TH ketika ini melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020.

Meskipun, ketidaktentuan ekonomi dan krisis COVID-19 telah mengugat operasi perniagaan, namun sokongan para pendeposit kepada TH kekal utuh dengan jumlah deposit sebanyak RM73.86 bilion pada 30 Jun 2020 telah dicatatkan berbanding RM69.42 bilion pada 31 Disember 2019.

Manakala, berkenaan pengurusan ibadah haji – TH kini sedang mengatur semula strategi pada tahun hadapan berikutan penangguhan haji pada musim 1441H/2020 terpaksa dilakukan. Ini termasuklah kaedah menangani cabaran-cabaran baharu seperti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan khususnya.