Artikel

Mulai Julai 2021, AS Umum Pengunduran Dari WHO

Setelah lebih 70 tahun menjadi ahli, Amerika Syarikat kini akan menarik diri dari pembabitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 6 Julai 2021 kelak.

Kenyataan ini telah disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam di mana, Presiden AS, Donald Trump mengkritik WHO telah dijadikan bahan boneka China disebabkan krisis COVID-19 ini.

Tindakan penarikan negara itu dilihat tidak wajar. Ini kerana AS seharusnya memberi notis penarikan satu tahun lebih awal sebelum bertindak sedemikian.

Speaker Dewan Perwakilan A.S. Nancy Pelosi turut menyifatkan penarikan rasmi Trump adalah sebagai tindakan yang tidak masuk akal kerana ia sekadar menganggu operasi kerjasama, namun turut melumpuhkan usaha negara dalam menangani isu kesihatan dunia.

Malah menurut laman rasmi WHO, AS juga turut memiliki hutang sumbangan bernilai lebih RM855 juta (AS$200 juta) kepada mereka.

Bagaimanapun, keputusan Trump ini boleh dibatalkan sekiranya kemenangan berpihak pada  saingan Demokratnya, Joe Biden, dalam pilihan raya November kelak.