Artikel

SC Perjelas Mengapa Short Selling Digantung

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia dan Bursa Malaysia hari ini telah mengumumkan penangguhan sementara ke atas penjualan pendek (short selling), sehingga 31 Disember 2020.

Tindakan itu bertujuan untuk memberikan kestabilan dan meningkatkan semula keyakinan pasaran.

Malah keperluan ini disokong berdasarkan tanda-tanda kegawatan ekonomi negara masih lagi ketara, dan pertumbuhan ekonomi masih belum lagi pulih. Keputusan ini turut didorong susulan kenyataan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menggambarkan tempoh COVID -19 pandemi sebagai ketidakpastian yang tinggi.

Menurut Datuk Syed Zaid Albar pada sidang Invest Malaysia 2020 – pihaknya kini sedang mempertimbangkan keadaan pasaran yang tidak stabil, di mana ia meliputi kelemahan persekitaran ekonomi, serta peningkatan ketegangan geopolitik.

Syed Zaid turut mengatakan SC dan Bursa Malaysia kini akan terus memantau perkembangan yang mempengaruhi pasaran modal, menilai keberkesanan langkah-langkah yang ada untuk menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan kemungkinan untuk sebarang risiko ekonomi.