Artikel

MOF Umum Apa Yang Akan Dimuatkan Dalam Belanjawan 2021

Kementerian Kewangan hari ini telah tampil dengan empat tema bagi Belanjawan 2021.

Empat tema ini merangkumi keprihatinan terhadap rakyat, pemacuan ekonomi, kehidupan lestari dan peningkatan dalam perkhidmatan awam.

Tengku Zafrul mengatakan melalui penerapan tema ini, dapat dilihat pada perspektif ekonomi ia mampu memastikan pertumbuhan produk domestik kasar (KDNK) untuk 2021, dapat meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan keyakinan para pengguna.

Selain itu, negara turut akan meningkatkan penggunaan teknologi dan digitalisasi di pelbagai sektor awam dan swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Ini merangkumi individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat.