Sebelum ini, Malaysia telahpun menerima RM2.6 bilion dari Amerika Syarikat (AS) berhubung kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini dana berjumlah RM19.2 bilion (AS$4.5 bilion) masih dicari oleh negara.
Berdasarkan temubual Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bersama wakil Bloomberg – Sophie Kamaruddin mengatakan beliau yakin akan proses dakwaan ini bakal membawa kepada pemulihan.
Namun, tidak banyak yang dapat Tengku Zafrul kongsikan menerusi temubual tersebut. Beliau sekadar menegaskan bahawa setiap pemulangan dana haruslah setimpal dengan apa yang digunakan dalam 1MDB.
Ia kerana merangkumi hak negara dan hak rakyat Malaysia. Setakat ini, pihak negara kekal berhubung bersama wakil Goldman Sachs bagi mengetahui status terkini perbicaraan tersebut. Untuk makluman, perbicaraan kes tersebut masih lagi sedang berlangsung.