Artikel

Keutamaan Malaysia Adalah Merangsang Semula Ekonomi – Tengku Zafrul

Setelah mengumumkan pengagihan dana pada pakej rangsangan berjumlah RM295 bilion (AS$68.9 bilion) – Menteri Kewangan, Tengku Zafrul kekal optimis dengan kedudukan ekonomi negara menjelang 2021 kelak.

Kenyataan ini berikutan, tembual antara beliau bersama wakil Bloomberg berkenaan status ekonomi semasa.

Pada sesi tersebut, Tengku Zafrul jelas akui catatan pertumbuhan ekonomi negara ketika ini berada pada tahap 0.5% dan -2.0%. Angka tersebut turut diumumkan oleh pihak IMF, Bank Dunia dan S&P.

Oleh itu, menurutnya fokus dalam jangka masa terdekat adalah untuk mengembalikan semula ekonomi negara. Di mana, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pertumbuhan pada suku ketiga dan keempat dapat dipertingkatkan dan disokong.

Tindakan ini bagi mengukuhkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sasaran bagi pertumbuhan KDNK 2021 buat masa ini dijangka mencapai 6% hingga 8%. Bagaimanapun, nilai defisit tahun ini dijangka mencapai 4% hingga 5.6%.

Susulan itu fokus utama Kementerian Kewangan juga adalah untuk menurunkan nilai tersebut dibawah 4% pada tahun 2021 dan negara perlu mengamalkan displin fiskal.