Artikel

Fujitsu Umum Semua Kakitangan Akan Kerja-Dari-Rumah Secara Tetap

Fujitsu kini menawarkan cara bekerja yang lebih fleksibiliti dengan Kerja-Dari-Rumah Secara Tetap kepada 80,000 pekerjanya di Jepun. 

Tindakan itu susulan kepada penerapan norma baharu yang perlu dilalui masyarakat Jepun disebabkan krisis COVID-19. 

Selain itu, ia turut dapat mengurangkan separuh pekerja mereka untuk beroperasi di pejabat.

Malah dengan adanya kaedah baharu ini Fujitsu percaya bahawa ia akan membantu meningkatkan prestasi pasukan dan meningkatkan produktiviti pekerja mereka.