Hong Leong Bank Bhd (HLB) kini memperuntukan sekitar 60% hingga 65% iaitu dari RM150 juta hingga RM200 juta perbelanjaan modal untuk tahun kewangan baru 2021 bagi pengembangan digital tempatan dan luar negara.
Menurut Domenic Fuda, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan – pelaburan ini akan merangkumi pengembangan digital di Malaysia, Kemboja dan juga Singapura.
Tindakan perluasan peruntukan ini dilihat apabila HLB dapat meyaksikan lonjakan besar pada penggunaan nirtunai (tanpa tunai) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Itu menunjukkan seberapa cepat pelanggan bank menyesuaikan diri dengan yang baru ini,” katanya.
HLB memaparkan peningkatan 13 kali ganda dari jumlah nilai tambah nilai dompet digital sepanjang tempoh Mac hingga Mei 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
HLB juga mencatatkan peningkatan muat turun dan penggunaan platform perbankan digitalnya dari tahun ke tahun pada Mei 2020 berbanding Mei 2019.
Sehingga Mei 2020, hampir 80% pelanggannya menggunakan aplikasi perbankan mudah alihn, HLB Connect.
Turut difahamkan, perbankan mudah alih telah melonjak secara meluas dengan lonjakan 80% dalam jumlah urus niaga dan kenaikan 75% dalam jumlah transaksi yang dilakukan.