Tidak lama lagi, sebuah restoran makanan segera taco, burrito dan quesadilla – Taco Bell bakal dibuka pada pasaran Malaysia.
Bagaimanapun, tarikh pembukaan restoran masih lagi tidak diketahui dan setakat ini tiada gambaran jelas tentang siapakah disebalik pemegang francais tersebut.
Untuk makluman Taco Bell adalah jenama di bawah Yum!- iaitu jenama yang memiliki KFC dan Pizzahut.
Seperti yang semua ketahui, bagi pengendalian KFC dan Pizza Hut di Malaysia – ianya dibawah pemantauan QSR Brands. Apakah kenyataan ini menunjukkan QSR Brands adalah pemegang francais bagi Taco Bell di Malaysia?
Melihat pada situasi ini, penglibatan Taco Bell pada pasaran Malaysia bukanlah suatu kejutan. Di mana, Disember 2019 pihak mereka telah mula meninjau pasaran Asia Tenggara bagi meluaskan potensi perniagaan.
Selain Malaysia, Taco Bell turut dijangka akan memasuki pasaran perniagaan di Indonesia untuk tahun 2020.