Bersempena ulang tahun kedua Oxwhite, platform e-dagang fesyen ini telah mengumumkan pihak mereka berjaya meraih biayasama berjumlah RM5.019 juta dari 485 sokongan pelabur.
Hasil strategi perniagaan yang baik dan pengurusan kewangan yang teratur ini menjadikan ia sebagai faktor kejayaan utama pencapaian tersebut. Susulan itu, pihaknya telah menyasarkan pertumbuhan dua digit bakal dicapai untuk perolehan akhir tahun ini.
Menurut CK Chang, Pengasas Oxwhite – bagi meningkatkan inisiattif pemasaran platform mereka, pihaknya telah tampil dengan penawaran baucar berjumlah RM50,000 kepada para pelanggan. Selain itu, baucar tunai berjumlah lebih RM11,000 – hasil kerjasama perkhidmatan penghantaran HappyFresh, turut akan diberikan kepada pelanggan mereka sebagai tanda sokongan pencapaian ini.
Sementara itu, potongan harga sehingga 50% turut ditawarkan kepada pengguna Digi, Maxis dan RHB. Tawaran tersebut telah mula dilaksanakan sejak 1 Julai lalu.
Selain meningkatkan pertumbuhan platform pada akhir tahun ini, Oxwhite turut mensasarkan peningkatan tumpuan pelanggan pada platform mereka.