Serba Dinamik Holdings Bhd kini telah memperolehi 10 kontrak baharu bernilai RM543.5 Juta, ini termasuk perolehan kontrak di Indonesia dan Zambia.
Difahamkan kontrak ini merangkumi kontrak kejuruteraan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) melalui pemilikan 75% PT Serba Dinamik Indonesia, dan dua kontrak data teknologi (ICT) melalui anak syarikatnya iaitu SDIT International Ltd.
Menurut Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Urusan – perolehan kontrak ini secara tidak langsung membolehkan syarikat mengembangkan operasi perniagaan bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia tetapi di Zambia juga.
Adanya perluasan kontrak di Zambia, dapat memperkukuhkan kedudukan Serba Dinamik di Afrika dan dapat meningkatkan lagi kemahiran pada sektor teknologi.