Semakan penarafan kredit ke atas lima bank tempatan telah berubah menjadi negatif daripada stabil.
Tindakan itu dilakukan oleh S&P Global Ratings ke atas Maybank, CIMB Bank, Public bank, RHB Bank dan AmBank berikutan risiko penurunan tambahan terhadap tahap fiskal kerajaan, memandangkan iklim ekonomi global yang lemah dan ketidakpastian ekonomi yang semakin meningkat.
Ia mengesahkan penilaian kredit l jangka pendek ‘A-‘ dan ‘A-2’ pada Maybank, CIMB Bank, dan Public Bank, dan ‘BBB +’ dan ‘A-2’ jangka pendek penilaian kerdit di RHB Bank dan AmBank.
Dalam satu pernyataan, S&P mengatakan tindakan penarafan pada bank-bank ini didasarkan pada tinjauan terhadap penarafan kredit berdaulat di Malaysia, agensi mengatakan pihak mereka sasar bank-bank ini akan terus peroleh keuntungan dari sokongan luaran selama 12 hingga 24 bulan.
Bagaimanapun, penarafan tersebut juga boleh mengalami penurunan sekiranya terdapat kemerosotan penarafan dalam 18 hingga 24 bulan ke hadapan.
Selain itu, S&P turut mengatakan kadar pengangguran yang ketara juga dapat melemahkan kelayakan kredit bank-bank di Malaysia.