Artikel

15,000 Pekerja Akan Diberhentikan – Airbus

Airbus kini merancang untuk mengurangkan 15,000 kakitangan mereka daripada jumlah 134,000 pekerja diseluruh dunia.

Susulan daripada krisis COVID-19 ia telah mendorong tindakan itu dilakukan.

Setakat ini fokus pengurangan tenaga kerja akan tertumpu kepada United Kingdom dengan jangkaan 1,700 pekerja diberhentikan, manakala ribuan pekerja Jerman, Sepanyol turut akan diberhentikan dan beberapa negara lain yang tidak dinamakan.

Guillaume Faury, Ketua Eksekutif Airbus menyifatkan tindakan ini adalah langkah awal pihak syarikatnya dalam menerima kejutan krisis COVID-19 ke atas operasi mereka.

“Pada ketika ini, kami harus memastikan perusahaan dapat dipertahankan dan mampu untuk keluar dari krisis ini selaku pemain utama dalam sektor aeroangkasa global. Tindakan ini juga perlu dilakukan bagi menyesuaikan kedudukan syarikat dengan cabaran semasa.”

Menerusi perbuatan ini, firma The Unite menganggap ia adalah tindakan yang memusnahkan industri penerbangan di UK. Di mana jangkaan 15% tenaga kerja bahagian pengurusan dan sektor pembuatan negara tersebut akan terkesan disebabkan tindakan itu.

Apa yang lebih membimbangkan tindakan pengurangan tenaga kerja dalam sektor ini tidak akan terhenti disini. Menurut laporan Reuters,  Air France/ KLM telah menyasarkan lebih 6,500 pengurangan pekerja bakal dilakukan dalam masa dua tahun akan datang.

Kenyataan ini bermakna pemulihan sektor penerbangan dunia akan mengambil masa sehingga tahun 2023.