Artikel

Sapura Energy Sangkal Segala Dakwaan Di Media Sosial

Sapura Energy menyangkal segala dakwaan yang dibuat keatas mereka.

Namun begitu, syarikat tidak menamakan apa dakwaan yang sedang mereka nafikan ketika ini.

Sebagai syarikat tersenarai, Lembaga Pengarah Sapura Energy menegaskan pihak mereka sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Bagi semua pihak berkuasa lain yang berkaitan dan terikat dengan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi yang dinyatakan dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia juga turut dipelihara.

Lembaga Pengarah turut mengatakan segala tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan adalah berlandaskan kepentingan syarikat.