Artikel

Sapura Energy Catat Keuntungan Pada Suku Pertama – RM14.2 Juta

Sapura Energy Bhd kini telah mencatatkan keuntungan pada suku pertama yang berakhir pada 30 April 2020, dengan jumlah keuntungan bersih RM14.2 juta.

Catatan ini telah dimaklumkan oleh Bursa Malaysia, di mana berbanding kerugian yang dialami pada tahun lalu dengan RM109.1 juta.

Peningkatan perolehan keuntungan ini telah didorong aspek kos pembiayaan yang lebih rendah dan margin keuntungan yang lebih baik.

Meskipun, kadar harga minyak kini lebih rendah, namun pihaknya kekal positif dan mengharapkan situasi tersebut bersifat jangka pendek sahaja.

Susulan ketidaktentuan pasaran ini, Sapura menyifatkan ini adalah peluang yang baik untuk merebut kedudukan ketika pasaran sedang dibaik pulih.

Bagaimanapun, minggu lalu Sapura Energy mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan 800 staf sepenuh masa, yang merupakan sekitar 20% dari tenaga kerjanya, ia adalah langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 dan persekitaran harga minyak yang rendah.

Sebelum ini juga, pihaknya juga mengatakan pasukan pengurusannya mengambil potongan gaji 50% sementara itu bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM10,000 tidak akan terlibat. 

Menurut Tan Sri Shahril Shamsuddin semakan semula pada strategi perniagaan perlu difokuskan semula, ini berikutan industri minyak dan gas bersifat kitaran mereka perlu menelitinya semula.

Manakala, bagi pembiayaan semula kepada pekerja pula sedang dilakukan dan pihak pengurusan menjangkakan perkara tersebut dapat diselesaikan pada suku keempat tahun ini.