Artikel

Gilead Tawar Remdesivir Pada Harga RM10 Ribu Kepada Negara Maju

Gilead Sciences Inc (29 Jun) semalam telah menetapkan harga ubat anti COVID-19 pada kadar RM10 ribu (AS$2,340) bagi negara-negara maju. 

Setakat ini, pihaknya telah memiliki permintaan bekalan Remdesivir untuk 3 bulan akan datang ke Amerika Syarikat (AS). 

Remdesivir dilihat sebagai satu-satunya rawatan setakat ini yang terbukti mengubah perjalanan pesakit COVID-19.  Setelah ubat yang diberikan secara intravena membantu memendekkan masa pemulihan hospital dalam percubaan klinikal.

Penetapan harga ini telah dicadangkan oleh kumpulan penyelidik harga – Institusi Kajian Klinikal dan Ekonomi (ICER) AS. Pengurangan kadar harga dibawah $2,520 hingga $2,800 mula ditetapkan apabila penyelidik Britain mula mendapati bahan Dexamethasone memiliki kadar harga yang rendah dan kuantiti yang lebih tinggi – dapat mengurangkan kadar kematian COVID-19. 

Untuk makluman, Dexamethasone digunakan untuk merawat pelbagai keadaan seperti gangguan alahan, keadaan kulit, kolitis ulseratif, artritis, lupus, psoriasis, atau gangguan pernafasan.

Bagaimanapun, Remdesivir dijangka memiliki permintaan yang tinggi. Kini, ia telah memperolehi kebenaran penggunaan kecemasan di AS dan permintaan di Jepun.

Di mana ia dipercayai sebagai ubat paling berkesan untuk merawat pesakit bagi peringkat awal daripada dexamethasone, yang mengurangkan kematian pada pesakit yang memerlukan sokongan pernafasan dan mereka yang berada di ventilator.