Artikel

Paras Maut COVID-19 Melepasi 500 Ribu Orang

Setakat 29 Jun, kes kematian COVID-19 di seluruh dunia telah melepasi lebih 500 ribu orang, berdasarkan data dari Universiti John Hopkins di AS.

Sejak pemulaan wabak ini bermula, terdapat lebih dari 10 juta kes dicatatkan dan peningkatan kes di 30 daerah AS menunjukkan betapa bahayanya krisis ini.

Seterusnya, sewaktu penularan ini turut menyaksikan New York menjadi pusat bantuan dengan mencatatkan jumlah kematian terendah.

Manakala UK pula telah mula membuka sektor pendidikan, di mana para pelajar mula kembali ke sekolah di Wales, sementara itu lebih banyak sektor runcit mula dibuka semula di Scotland.

Susulan daripada krisis ini, Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan bahawa beliau prihatin dengan peningkatan kes COVID-19 di Leicester serta di wilayah Hebei, China, yang menunjukkan lebih daripada 400,000 individu masih lagi berada dalam kawalan pergerakan.