Artikel

Pertukaran Hakim Bagi Kes Saman Prestariang SKIN Dilakukan, Elak Konflik Kepentingan

Pemilihan hakim baharu akan dilakukan bagi pengendalian kes saman Prestariang SKIN Bhd berjumlah RM732.86 juta terhadap kerajaan.

Tindakan ini berikutan untuk mengelakkan daripada timbulnya isu konflik kepentingan.

Di mana, Datuk Lim Chee Wee, penasihat Prestariang SKIN memberitahu mahkamah bahawa Hakim Wong Chee Lin, adalah mantan rakannya di Skrine. Susulan itu permohonan petukaran hakim telah dilakukan.

Disebabkan itu perbicaraan akan ditangguhkan.

Hakim mengatakan bahawa tidak tepat bagi pihak mereka untuk menetapkan tarikh perbicaraan yang akan datang, kerana tarikh baru hanya perlu ditetapkan oleh hakim baharu yang akan dilantik untuk mendengar kes tersebut.