AMMB Holdings Bhd (AmBank) menyaksikan keuntungan bersihnya jatuh 46.2% kepada RM247.54 juta pada suku kewangan keempat yang berakhir pada 31 Mac 2020 (S4TK20), daripada RM459.67 juta tahun lalu.
Ini menghasilkan pendapatan sesaham yang lebih rendah sebanyak 8.23 sen untuk S4TK20 berbanding 15.28 sen untuk S4TK19.
Selain itu, pendapatan suku tahunan juga turun 5.1% menjadi RM2.21 bilion, daripada RM2.33 bilion pada S4TK19.
Berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia menunjukkan bahawa keuntungan operasi sebelum kerugian pada suku tersebut menurun, berjumlah RM487.97 juta, 37.6% lebih tinggi daripada RM354.64 juta setahun yang lalu.
Manakala, bagi pendapatan faedah bersih pula meningkat 16.49% pada RM492.49 juta, daripada RM422.76 juta pada S4TK19.
Malah kumpulan ini juga turut mengumumkan dividen akhir mereka adalah sebanyak 7.3 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020 (TK20), dengan tarikh pembayaran akan diumumkan kemudian.
Ini menjadikan jumlah dividen untuk tahun ini 13.3 sen dan nisbah pembayaran dividen tersebut sebanyak 30%.