Ahmad Zulqarnain Onn sebentar tadi telah diumumkan sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada hari ini (29 Jun).
Pengumuman tersebut telah dimaklumkan oleh pihak lembaga pengarah PNB. Di mana, pelantikan tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2020, iaitu mulai esok.
Untuk makluman umum – sebelum ini, Ahmad Zulqarnain memegang jawatan selaku Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Berhad. Beliau turut memiliki pengalaman di bahagian Pelaburan Strategik pada bahagian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Selain itu, beliau juga pernah mengetahui bahagian Strategi Korporat Khazanah. Pengalaman kerjaya ini menjadikan beliau tidak asing lagi dalam arena korporat.
Maka, berbekalkan pengalaman selama 23 tahun dalam sektor kewangan dan korporat telah menjadikan beliau sebagai pilihan yang tepat untuk memenuhi kedudukan bagi pelantikan PGCE yang baharu, termasuk di peringkat Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan juga daripada pihak badan kawal selia.